Bosco Verticale Hutan Menegak Pertama Di Dunia

3.24.2012 0 comments
Bosco Verticale (Vertical Forest) adalah menara apartment projek seorang arkitek yang bercita-cita tinggi di Milan, Stefano Boeri. Beliau cuba menggabungkan dua elemen yang berbeza dalam rekaan bangunannya iaitu urban dan alam sekitar untuk menghasilkan satu rekaan bangunan yang sangat harmonik. Bosco Verticale adalah dua menara menara gergasi yang mempunyai pokok-pokok dikelilingnya dan kelihatan seperti hutan menegak yang sangat menakjubkan.











Sedikit info tentang Bosco Verticale ini:
Lokasi: Milan, Itali
Ketinggian: 2 Menara (110m dan 76m setiap satu)
Tahun: 2007 (on going)
Client: Hines Italia
Keluasan binaan: 40 000 meter persegi
Budget: 65 juta € (RM307.68 juta)
Bangunan ini dijangka dapat memberikan udara dan persekitaran yang lebih bersih dan sihat bukan sahaja kepada penghuni bangunan ini malah pada masyarakat sekeliling. Ia dapat menyerap Co2 dan membebaskan oksigen yang banyak dan sangat diperlukan. Ia juga dapat menapis habuk-habuk serta melindungi penduduk daripada radiasi dan pencemaran bunyi. Hebat bukan


0 comments:

Post a Comment

Takkan Baca Jer..Komen la Sikit..