Hadis PALSU Tentang KIAMAT 2012 | 15 Ramadhan 2012

2.05.2012 0 comments


Assalamualaikum…mlm tadi banyak email yg masuk dalam peti inbox kita berkenaan huru hara pada tahun 2012 dan terdapat satu hadith Rasulullah s.a.w. yang di attach sekali pada email-email tersebut.
Baiklah, disini kita cuba untuk mengulas seberapa terperinci mengenai email2 yang kita terima. Sebelum tu meh kita baca dulu email tersebut.

03hb Ogos 2012 ( bersamaan 15 Ramadhan, Jumaat )
Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012… 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur… Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui..
Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah..
Dari Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah? ” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: ” Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus “, kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”. (Al Hadis)

SUMBER:

mforum1
Facebook post dari tukulbesi
kakingaildan terdapat banyak lagi sumber yang boleh didapati di internet. google jer.
Daripada mesej tersebut, kita telah melakukan sedikit kajian dan analisis. Mencari bukti kesahihan hadith, dan mencari video2 daripada astronout2 NASA. Bukannya kita tidak percayakan hadith atau nk menyangkal hadith Rasulullah s.a.w…
Tetapi pada zaman sekarang kita perlu banyak berwaspada kerana byk golongan yg suka menyesatkan orang Islam. Malah terdapat juga orang bukan Islam yang menyamar, juga terdapat orang Islam sendiri yang menyesatkan kaum seagama..Nauzubillah…minta dijauhkan..
Selepas itu, kita dapat tau dari blog2 yang mengatakan hadith tersebut adalah palsu!? Benarkah??




Anda pernah terima hadis di atas? di atas adalah potongan hadis yang telah disebarkan kepada umum sejak akhir-akhir ini. perhatian kepada kalian yang menerimanya, hadis di atas adalah PALSU dan telah disokong oleh para Ulamak! tolong jangan sebarkannya lagi! bagi anda yang telahpun menyebarkannya, diharap dapat menarik balik setiap kenyataan dan bagi yang mempercayainya, diharapkan bertaubat. juga kepada mereka yang mempercayai kiamat pada 2012, bertaubatlah segera!
Semua ini adalah rekaan dan propaganda yahudi laknatullah yang sengaja ingin menakutkan umat Islam untuk menguasai dunia. ini juga ada kaitannya juga dengan penantian mereka kepada ketua mereka iaitu Dajjal yang akan dibangkitkan ke dunia. janganlah kita terpesong dengan dakyah yahudi tersebut kerana hadis seperti di atas bukanlah kali pertama dikeluarkan. bagi meyakinkan kepada masyarakat dunia berkenaan propaganda yahudi ini, filem 2012 akan ditayangkan di seluruh dunia. tetapi yang pastinya 2012 bukanlah hari kiamat kerana ia adalah ketentuan Allah. sedangkan Nabi Muhammad tidak mengetahui bila hari kiamat akan berlaku, apatah lagi kita. apa hak kita untuk menentukannya. itu semua hak Allah. cuma kita diberikan tanda-tanda kiamat kecil dan besar untuk kita bersedia. hakikatnya, semua tanda-tanda kiamat kecil telah dan sedang berlaku dan kini hanya menunggu tanda-tanda besar kiamat pula. adakah anda sudah bersedia?
Wallahualam..
Dan di bawah ini adalah sumber daripada NASA yang mengatakan kejadian planet-x bertembung dengan bumi Allah s.w.t. adalah hoax, khabar angin.
VIDEO : Earth wont end in 2012

NASA Astrobiology Institute: “Nibiru and Doomsday 2012”
Bad Astronomy: “The Planet X Saga: The Scientific Arguments in a Nutshell”
Sky and Telescope Magazine: “2012: The Great Scare”
sumber : nasa
Dan di bawah ini adalah sumber dari Jakim..
INI JAWAPAN DARI JAKIM
“Walaikum salam….
Hadith ini mengikut Dr Fahd Salman Audah adalah Do’if Jiddan atau Maudu’. Tidak boleh langsung berhujjah dengannya. Hadith ini memang sudah banyak tersebar secara meluas
Salah seorang perawi hadith ini ialah Nuaim bin Hammad. Ramai ahli ilmu yang menyatakan hadith yang diriwayatkan oleh Nuaim bin Hammad dalam Musonnifnya berkaitan cerita-cerita berkenaan kisah akhir zaman adalah adalah Munkar. Berkata Imam Az-Zahabi dalam kitab Siar A’lam Nubala’ ; “Tidak boleh seseorangpn berhujjah dgn hadith Nuaim bin Hammad kerana dia telah mengarang kitab tentang fitnah akhir zaman dengan mendatangkan keajaiban2 dan banyak yang dibawanya adalah Munkar. Dia banyak mengambil hadith dari Kaab bin al-Ahbar yang dikenali kerana berpegang dengan kitab-kitab Israiliyyat. Dia juga banyak mengambil hadith dari org2 yang tidak dikenali dan diragui.
Begitu juga dgn Abdul Wahhab salah seorang perawi hadith ini mengikut Al-Hakim dalam Lisanul Mizan adalah orang yang tidak diketahui (majhul).
Wallahu a’lam…semoga kita berhati2 dgn hadith2 seumpama ini..dan menjaga nas syariah seperti yang sebenarnya…
Wassalam…
Bahagian Penyelidikan JAKIM
Cawangan Akidah,
P.P (T.T)

29 Julai 2009″
SUMBER : goldazone86 dan sahabat interaktif
Jadi….Selepas membaca sumber2 di atas, tahulah kita..lambat lagi la nk kiamat ni?? Jadi, masih ada masa untuk bersenang lenang, banyakkan hiburan, entertaintment,.. Lepak dlu, hehehe… Betulkah?? Heheh..acah ajer. =)
Tengok tarikh di atas…29 Julai 2009..ooo, jadi fahamlah kita bahawa mesej2 ni dah lama sbnrnya..sume ni adalah spam mesej mcm tu..x payah dipedulikan lahhh..
Pendapat penulis
Sebenarnya kita sndiri pun tdk pasti perkara2 yang spt ni. Dan sampai sudah pn kita sendiri tak tahu kesahihan hadith di atas..Kita tahu ilmu kita tidak setinggi itu, dan semua ni tak tercapai dek akal kita..Hanya Allah s.w.t. sahaja yang tahu. Maha suci Allah S.W.T…Kalau tengok dalam Al-Quran dan hadis2 sahih Rasulullah s.a.w. hanya terdapat tanda2 kiamat kecil dan besar…yang mana sekarang ini dapat kita tengok satu persatu telah berlaku…
Dan, walau apa pun, kita perlu sentiasa menginsafi diri kita, berwaspada, perbanyakkan amal kita, ibadah kita dan perkukuhkan akidah kita, bukan tunggu dapat mesej2 seperti ni baru nk perbaiki diri kita…Bukan mengata tapi nasihat..Diri kita ni pn masih banyak yang perlu diperbetulkan…Wallahualam..
"““Yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T. dan yang buruk itu daripada kelemahan saya sendiri.””"

0 comments:

Post a Comment

Takkan Baca Jer..Komen la Sikit..